Muslim Teens
Muslim Teens

Muslim Teens

Majalah Muslim Teens merupakan sebuah majalah berbahasa Melayu yang diterbitkan di Malaysia. Ia diterbitkan secara bulanan. Ia disasarkan kepada pembaca yang berusia 15 Tahun ke atas. Walau bagaimanapun tiada penetapan usia yang khusus dibuat, setelah didapati majalah Muslim Teens diterima baik oleh setiap peringkat umur. Edisi pertama sehingga ke-13 memiliki 80 muka surat, dengan cetakan warna penuh. Manakala edisi ke-14 sehingga terkini telah menerima evolusi dengan berketebalan sebanyak 96 muka surat, dengan cetakan warna penuh. Diterbitkan dalam saiz 7 x 10 in (kini 7.25 x10 in) dengan nombor ISSN 2232-0881. Menawarkan harga RM6.00 Semenanjung Malaysia RM7.00 Sabah & Sarawak (edisi pertama sehingga ke-13), dan RM7.00 Sem. Malaysia RM8.00 Sabah & Sarawak (edisi ke-14 sehingga terkini).Majalah Muslim Teens adalah kesinambungan daripada majalah yang sangat popular di kalangan kanak-kanak di Malaysia iaitu majalah Sayang Muslim, Adik Muslim dan Ana Muslim.Muslim Teens, sebuah majalah daripada remaja untuk remaja yang membentuk 50% bercirikan majalah dan 50% komik. Setiap helaian mempunyai mesej yang bermanfaat dan sangat berguna. Dipersembahkan dengan bahasa yang cukup santai dan mudah untuk difahami. Padat dengan ilmu. Disampaikan dalam bentuk ilustrasi yang mendidik jiwa. Setiap ruangan dan cerita dipetik dan dioleh berdasarkan penghayatan dan pengajaran daripada al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Kupasan dan perbincangan yang sangat menarik daripada beberapa kolumnis yang terpilih bagi memecahkan kekusutan dan kepincangan yang masih menjadi persoalan dalam jiwa dan sanubari buat mereka yang bergelar remaja. Remaja pada hari ini merupakan aset sesebuah negara pada masa hadapan. Maka dengan sebab itulah Muslim Teens menggalas tanggungjawab untuk memberi inspirasi kepada pembentukan peribadi remaja yang mulia daripada segi syahsiah, kepimpinan dan teladan pada masa hadapan kelak.Majalah Muslim Teens merupakan salah satu bahan cetakan terbitan Blue T Communication, Malaysia.

Muslim Teens

Kategori Islam
Bahasa Bahasa Melayu
Kekerapan Bulanan
Negara  Malaysia
Syarikat Blue T Communication.